This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Halaman


Get More Video Here!

Ahad, 10 Februari 2013

Sinopsis : Setia Hujung Nyawa

Sinopsis : Pengantin perempuan lari? Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut...

Khamis, 24 Januari 2013

Sinopsis : Minyak Dagu

Sinopsis : Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang...

Sinopsis : Adik Manja Returns

Sinopsis : Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill. Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya. Untuk menangani masalah...

Sinopsis : Sepah The Movie

Sinopsis : Sepah gelak geli jejaka cross, menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang yang bergelar pekerja kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka, dan mereka terlalu obses pada motor cross. Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi, terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama “Ayu sofea”,...

Sinopsis : Kawin 5

Sinopsis : Kahwin 5 berkisarkan tentang seorang usahawan mangkuk plastik (dari Perak) yang berjaya, Dr K (Usop Wilcha) yang sudah memenuhi kuota 4 isteri dari 4 negeri berbeza iaitu Saadiah dari Selangor (Dian P Ramlee), Sahara dari Kelantan (Adrea Abdullah), Monalisa dari Negeri Sembilan (Norish Karman) dan Mimi dari Sabah (Marsha Milan). Kehidupan mereka aman bahagia sehinggalah suatu hari, Dr K dipengaruhi Rahim, pemandu dan pembantu peribadinya...

Sinopsis : Strawberi Cinta

Sinopsis : Filem Strawberi Cinta mengisahkan perjalanan seorang pelancong Jepun bernama Ichigo (Yana Samsudin) yang datang melawat Malaysia bersama rombongan pelancong senegaranya yang lain melalui sebuah pakej pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours dan bertemu dengan Hakimi (Pierre Andre) seorang pemandu pelancong. Apabila berada di Malaysia dia berasa tertarik dengan kepelbagaian budaya serta agama penduduk Malaysia dan berasa kagum...

Sinopsis : Lagenda Budak Setan 2

Sinopsis : 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya....

Sinopsis : Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis : Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada...

Sinopsis : Zaiton Ceritaku

Sinopsis : Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya. Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan...

Sinopsis : Istanbul Aku Datang

Sinopsis : Istanbul Aku Datang menceritakan tentang kehidupan seorg gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana. Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman...

Sinopsis : Aji Boy

Sinopsis : Mengisahkan seorang kanak-kanak yang genius dan petah berkata-kata yang diamanahkan oleh ayahnya En Fauzan untuk menjaga dan menguruskan Taman Tema Air Melaka buat sementara waktu. Oleh kerana dirinya yang masih kecil, kemampuannya di ragui oleh Along dan Bob. Along dan Bob merupakan dua orang Head Supervisor di Taman Tema tersebut yang sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang mereka seperti memberikan barang – barang percuma...

Sinopsis : Apa Celop Toqq

Sinopsis : Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan. Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika...

Sinopsis : Budak Pailang

Sinopsis : Budak Pailang, sebuah filem remaja aksi yang memaparkan realiti kehidupan budak budak Pailang. Perkataan PAILANG di sini membawa kepada cerita BADRUL (Aeril Zafrel) yang merupakan seorang samseng, jahat, dan suka membuli. Mangsa yang paling mereka suka kenakan adalah RODI (Nizam) yang nerdy dan lemah. Namun, Rodi yang sudah tidak tahan dibuli telah mengupah geng Budak Nakal untuk memukul Badrul dan kawan kawannya. Geng Budak Nakal terserempak...

Sinopsis : Remp-IT

Sinopsis : Filem ini mengisahkan Madi yang bekerja sebagai penghantar surat sering ‘merempit’ pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Madi mempunyai teman wanita, Ieka yang sering mendesaknya berkahwin. Kehidupan sosial Madi yang agak bebas menyebabkan hasrat Ieka tidak ditunaikan, sebaliknya dia menyimpan wang untuk membeli motosikal baru. Kawan baik Madi, Macha menjadi orang tengah...

Sinopsis : PE3

Sinopsis : PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka. Dalam pada...

Sinopsis : Ngorat

Sinopsis : Ijam merupakan seorang jejaka solo yang kurang bernasib baik dalam mencari pasangan sehinggalah dia bertemu dengan seorang guru cinta yang menjanjikannya boleh bertemu jodoh dalam 30 hari sekiranya Ijam menurut petua-petua yang diberikannya. Tapi apabila petua-petua yang diberi tidak menunjukkan hasil, malah membahayakan persahabatan Ijoe dengan teman baiknya, Kira, Ijam harus mencari kekuatan untuk memilih samada untuk terus mendengar...

Sinopsis : Aku Terima Nikahnya

Sinopsis : Aku Terima Nikahnya merupakan kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang berhadapan dengan dugaan terbesar dalam hidup mereka. Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup mereka. Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan. Johan yang kemalangan disahkan mengalami Selective Amnesia yang mana dia ingat semua...

Sinopsis : Taikun

Sinopsis : Filem Taikun mengisahkan dua sahabat baik dikenali sebagai Tai (Angah) dan Kun (Along) yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka suka bergaduh dan mencuri menyebabkan mereka bertembung dengan ahli-ahli Geng Ros Hitam dan Tedung. Disebabkan Tai dan Kun membelasah kedua-dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Pink, Manan dan ketua Geng Purple, Sarip merasa tertarik dengan kehebatan mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun...

Isnin, 21 Januari 2013

Sinopsis : Hantu Kapcai

Sinopsis : Hantu Kapcai mengisahkan Ajib, mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy). Demi memenangi wang pertaruhan, Tiger mensabotaj perlumbaan itu hingga berlaku kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Roh Ajib yang terperangkap di antara alam nyata dan ghaib, terkejut melihat jenazahnya berada di tengah ruang tamu rumah dan dikelilingi keluarga serta jiran tetangga....

Sinopsis : Aji Noh Motor

Aji Noh Motor mengisahkan seorang abang, Aji (Alex Yanz) yang sangat prihatin dan sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya, Noh (Zalif Sidek). Sifat Aji yang suka berlumba haram sangat tidak disenangi adiknya yang taat dan patuh dalam mengerjakan tuntutan agama Islam. Noh yang dilahirkan sebagai seorang yang buta menjalani kehidupannya dengan perkara-perkara berfaedah, sedangkan abangnya sering merempit dan melepak tidak tentu hala. Namun di sebalik...

Sinopsis : Untuk Tiga Hari

Filem Untuk Tiga Hari bukan mengisahkan kisah cinta biasa tetapi ia memaparkan kisah yang sedikit pelik. Untuk Tiga Hari mengisahkan dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin dengan pilihan orang tua dan memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga. Dalam tempoh tiga hari itu juga, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan meneruskan perhubungan...

Sinopsis : Sofazr The Movie : Jiwa Kacau

Filem ini memaparkan kisah komedi yang berlaku di sebuah pusat pemulihan mental. Mengikut pengarah filem ini, mesej yang hendak disampaikan kepada penonton ialah sebagai masyarakat kita hendaklah bersikap tidak memandang rendah terhadap orang yang kurang upaya, dan berilah layanan yang sama terhadap mereka. Sebagai masyarakat kita hendaklah berhati-hati sekiranya ingin membeli ubat yang dijual di pasaran, kerana khuatir akan risiko yang dihadapi. Terdapat...

Sinopsis : Halim Munan

Sinopsis : Halimmunan mengisahkan remaja lelaki, Halim bin Munan. Dia sering di ejek dan dibuli rakan-rakannya iaitu Ajak, Pawi dan Kimi kerana sikap Halim yang agak lurus dan namanya yang dianggap pelik. Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya sebagai 'halimunan' dan dia suka berangan sehingga dewasa. Namun, pada suatu hari Halim difitnah orang kampung kerana mengintai Suriyati yang juga anak gadis Arsyad. Bagaimanapun, Munah tidak mempercayai...

Sinopsis : Hantu Air

Sinopsis : Dia dahagakan manusia… Disebabkan kecuaian, botol yang mengurung roh jahat, telah jatuh ke dalam sebuah tasik di sebuah resort percutian. Selepas kejadian itu, resort yang diuruskan oleh MAWAR itu mula mengalami bermacam-macam kejadian yang pelik dan mengerikan. Hal ini dirumitkan lagi dengan kedatangan tetamu-tetamu resort itu yang seolah turut menyimpan rahsia mereka sendiri. FAUZI yang baru kehilangan isteri dan anak, sampai di resort...

Sinopsis : 29 Februari

Sinopsis : Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman...

Sinopsis : Salam Cinta

Sinopsis : Salam Cinta mengisahkan tentang Amirul, pelakon yang menerima tawaran memegang watak lelaki yang kuat pegangan agama. Oleh kerana dibesarkan dalam suasana moden, dia ke sebuah kampung untuk bertemu seorang imam untuk mengetahui cara hidupnya. Ditakdirkan, Amirul berjumpa dengan Haji Rahman (Abdul Razak Ahmad), seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata. Sepanjang...

Sinopsis : S.A.M (Saya Amat Mencintaimu)

Sinopsis : Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin). Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan...

Sinopsis : Aku, Kau dan Dia

Aku, Kau Dan Dia mengisahkan harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya, Ilhan, dalam kemalangan jalan raya. Untuk mengubat kerinduan, Mia mencipta lagu yang ditujukan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama dua minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan itu. Pulih daripada koma, Mia cuba mendapatkan kembali ingatannya terhadap nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun...

Sinopsis : Seram Sejuk

Sinopsis : Seram Sejuk mengisahkan seorang penyanyi rock yang ingin membuat video klipnya tetapi mempunyai budget yang ciput. Dalam masa yang sama juga seorang editor saiful yang berusia dalam akhir 20an, yang menyimpan perasaan terhadap seorang rakan setugasnya bernama Ros. Saiful mula merasa cemburu apabila majikannya Che Wan juga turut menaruh minat terhadap gadis tersebut. Kisah-kisah ganjil bermula apabila disatu ketika Saiful telah menjumpai...

Sinopsis : Hooperz

Sinopsis : Hooperz adalah sebuah filem drama ringan dengan babak-babak komedi yang mengisarkan kehidupan 7 orang pemain bola jaring untuk pasukan kolej mereka yang dikenali sebagai ’Hooperz’. Pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi yang dialami mereka sendiri, hinggakan mereka sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. ‘Hooperz’ dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi merupakan penjaring utama dalam...

Sinopsis : Mantera

Filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha...

Sinopsis : Momok Jangan Cari Pasal

Sinopsis : Filem Momok Jangan Cari Pasal menyingkap tentang perjalanan filem terbaru arahan M.Jamil. Sepanjang penggambaran filem ini, banyak kejadian-kejadian seram yang benar-benar berlaku. Semenjak hari pertama penggambaran, krew dan tenaga kerja, termasuk pelakon semuanya diganggu oleh "Momok" dan kejadian-kejadian yang aneh dan misteri. Bermula dengan babak Rasuk di mana pelakon Sheril Aida dan Wan Raja telah benar-benar dirasuk. Penggambaran...

Sinopsis : Man Sewel Datang KL

Sinopsis : Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model. Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari...

Jumaat, 18 Januari 2013

Sinopsis : Baik Giler

Baik Giler mengisahkan Afik lakonan Zizan yang mengalami tekanan perasaan selepas adik angkatnya, Amy (Farhanna Qismina) meninggal dunia dalam kemalangan. Afik yang masih trauma dimasukkan ke hospital selepas dikatakan cuba mencederakan rakan sepejabatnya, Kimi (Awie), namun dibenarkan pulang selepas disahkan dirinya sekadar mengalami tekanan. Dia cuba melupakan segala kejadian, selain menjalin hubungan dengan gadis bernama Suraya (Farawahida)....