This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Halaman


Get More Video Here!

Ahad, 10 Februari 2013

Sinopsis : Setia Hujung Nyawa


Sinopsis :
Pengantin perempuan lari?

Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun.

Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga.

Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.

Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.

Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya.

Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.

Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina.


Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka.

Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.


Khamis, 24 Januari 2013

Sinopsis : Minyak Dagu


Sinopsis :
Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya.

Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang.

Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah.

Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah...

Sinopsis : Adik Manja Returns


Sinopsis :
Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill.

Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya.

Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej djdanchef menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut.

Sinopsis : Sepah The Movie


Sinopsis :
Sepah gelak geli jejaka cross, menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang yang bergelar pekerja kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka, dan mereka terlalu obses pada motor cross.

Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi, terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama “Ayu sofea”, yang mana bertugas di bahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.

Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “Ayu sofea”. Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah. Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.

Kegagalan tiga bujang itu memenangi hati “Ayu sofea” adalah puncanya disebabkan oleh kemunculan seorang pengurus baru di dalam kilang tersebut yang bernama “Based”. Based yang berlatarbelakangkan pendidikan luar negara serta berketurunan anak orang berada sangat mudah menghampiri Ayu Sofea dengan penampilan serta imejnya.

Situasi ini disedari oleh tiga lelaki bujang cross itu,dan telah melahirkan suatu sifat cemburu dan sakit hati.Kebetulan “Based” juga adalah penggemar motor cross dan mempunyai pasukannya sendiri.Maka dengan sifat lelaki jati,tiga lelaki bujang sepah itu mencabar pasukan based didalam suatu perlumbaan sihat.

Perlumbaan yang berlangsung disebuah ladang kelapa sawit dan telah mengundang kemalangan pada salah seorang tiga sahabat baik itu,iaitu Jep.Tiga lelaki bujang sepah menerima sindiran dan juga ejekan dari pasukan “Based”..

Tiga sekawan bujang sepah menyedari akan kesungguhan salah seorang dari mereka pada ayu sofea,iaitu jep.Mamat dan shuib mengalah dan bertekad membantu jep mendapatkan Ayu sofea Strategi yang licik diaturkan mamat dan shuib untuk memenangi hati ayu sofea pada jep.Namun apabila strategi ingin bermula sahaja,muncul based menjadi penghalangnya.

“Ayu sofea” menyedari bahawa Jep sangat cintakan ia,hinggakan jep sanggup melakukan segala-gala untuk memenangi hati ayu sofea.Namun ternyata based lebih bijak mengatur strategi.Based meminang ayu sofea dan peminangannya diterima keluarga ayu sofea,memandangkan kedudukan keluarga Based menyakinkan keluarga ayu sofea.

Situasi ini mengundang kecewa yang teramat sangat pada Jep serta sahabat rapatnya shuib dan mamat. Dua lelaki bujang sepah ini di dalam dilema apabila melihat keadaan Jep sudah tidak seperti dahulu.Shuib dan mamat mengatur strategi untuk mengembalikan keceriaan jep, namun semuanya gagal.

Jep dengan hati yang membara telah menemui keluarga ayu sofea memohon agar diputuskan talian pertunangan diantara Based dan Ayu sofea. Situasi ini melahirkan keadaan yang amat memalukan apabila Jep diherdik keluarga ayu sofea diatas tindakannya.Jep kecewa.Based dan pasukannya merasakan bahawa jep sudah melampau dan perlu diajar. Based mengajak Jep dan mamat serta shuib berlumba dengannya.Jep menyahut cabaran dan perlumbaan diadakan sekali lagi di ladang kelapa sawit.Kali ini perlumbaan dimenangi tiga bujang sepah, namun shuib mengalami kecederaan sewaktu berlumba.

Sinopsis : Kawin 5


Sinopsis :
Kahwin 5 berkisarkan tentang seorang usahawan mangkuk plastik (dari Perak) yang berjaya, Dr K (Usop Wilcha) yang sudah memenuhi kuota 4 isteri dari 4 negeri berbeza iaitu Saadiah dari Selangor (Dian P Ramlee), Sahara dari Kelantan (Adrea Abdullah), Monalisa dari Negeri Sembilan (Norish Karman) dan Mimi dari Sabah (Marsha Milan).

Kehidupan mereka aman bahagia sehinggalah suatu hari, Dr K dipengaruhi Rahim, pemandu dan pembantu peribadinya untuk berkahwin seorang lagi. Dr K mula terbabit dalam skandal bersama Farra yang juga adik kepada ketua gangster, Cico. Dr K dipaksa memilih untuk ceraikan isterinya untuk berkahwin dengan Farra atau kehilangan nyawa.

Bermulalah dilema Dr K yang dipaksa berkahwin walaupun sudah cukup kuota isterinya.

Sinopsis : Strawberi Cinta


Sinopsis :
Filem Strawberi Cinta mengisahkan perjalanan seorang pelancong Jepun bernama Ichigo (Yana Samsudin) yang datang melawat Malaysia bersama rombongan pelancong senegaranya yang lain melalui sebuah pakej pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours dan bertemu dengan Hakimi (Pierre Andre) seorang pemandu pelancong.

Apabila berada di Malaysia dia berasa tertarik dengan kepelbagaian budaya serta agama penduduk Malaysia dan berasa kagum dengan keharmonian yang dikecapi Malaysia selama ini. Hakimie sebagai pemandu pelancong dapat mengesan bahawa tujuan Ichigo lain dengan pelancong-pelancong yang pernah dia jumpa.

Ichigo pula merahsiakan tentang tujuannya yang sebenar di Malaysia. Sehinggalah satu kejadian yang menimpa Ichigo dan di situlah segalanya terbongkar. Apakah kejadian dan sebab yang membuatkan Ichigo datang ke Malaysia?

Sinopsis : Lagenda Budak Setan 2


Sinopsis :
6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya.

Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri.

Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.

Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.

Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah.

Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa saying yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam.

Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya..

Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya.

Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati. Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.

Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran.

Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar.

Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi.., tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula.

Sinopsis : Pontianak VS Orang Minyak


Sinopsis :
Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.

Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.

Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Sinopsis : Zaiton Ceritaku


Sinopsis :
Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya. Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan.

Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan. Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon. Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana.

Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya. Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian.

Sinopsis : Istanbul Aku Datang


Sinopsis :
Istanbul Aku Datang menceritakan tentang kehidupan seorg gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

Sinopsis : Aji Boy


Sinopsis :
Mengisahkan seorang kanak-kanak yang genius dan petah berkata-kata yang diamanahkan oleh ayahnya En Fauzan untuk menjaga dan menguruskan Taman Tema Air Melaka buat sementara waktu.

Oleh kerana dirinya yang masih kecil, kemampuannya di ragui oleh Along dan Bob. Along dan Bob merupakan dua orang Head Supervisor di Taman Tema tersebut yang sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang mereka seperti memberikan barang – barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita.

Kehadiran Irfan dalam menggantikan jawatan En Fauzan dipandang remeh oleh mereka sehinggalah Irfan mengenakan tindakan terhadap mereka.

Sinopsis : Apa Celop Toqq


Sinopsis :
Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan.

Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu. Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan PAK SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK.

Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan PAK SAMAD, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh PAK SAMAD. TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakaknya, LAILA. Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. HAZAMA merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ.

Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya. Apa yang berlaku kepada PAK SAMAD. Bagaimana pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya. Nantikan CINTA ATAS TAR di pawagam tidak lama lagi.

Sinopsis : Budak Pailang


Sinopsis :
Budak Pailang, sebuah filem remaja aksi yang memaparkan realiti kehidupan budak budak Pailang. Perkataan PAILANG di sini membawa kepada cerita BADRUL (Aeril Zafrel) yang merupakan seorang samseng, jahat, dan suka membuli. Mangsa yang paling mereka suka kenakan adalah RODI (Nizam) yang nerdy dan lemah.

Namun, Rodi yang sudah tidak tahan dibuli telah mengupah geng Budak Nakal untuk memukul Badrul dan kawan kawannya. Geng Budak Nakal terserempak dengan Badrul yang sedang mengorat SHE (Wawa Zainal) dan mula membelasah Badrul. Badrul cedera teruk kerana cuba melindungi She. Bermula daripada kejadian tersebut, She dan Badrul mula menjalinkan hubungan cinta.

Dirumah, Badrul lebih bersikap mendiamkan diri dan membiarkan apa sahaja yang dibebelkan oleh maknya, ESAH tanpa sebarang reaksi. Dek kerana sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan diri dalam dunia dadah dan menjadi anak buah kepada ALEX (Zul Handy Black), seorang pengedar dadah yang terkenal. Kehidupan Badrul berubah menjadi senang lenang dan kaya.

Sehinggalah Badrul kematian seseorang yang sangat disayanginya. Badrul mula sedar diri dan mahu berubah namun banyak halangan yang menghalangnya. Siapakah yang terkorban? Dapatkah Badrul berubah meninggalkan hidupnya yang pailang dahulu?

Sinopsis : Remp-IT


Sinopsis :
Filem ini mengisahkan Madi yang bekerja sebagai penghantar surat sering ‘merempit’ pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Madi mempunyai teman wanita, Ieka yang sering mendesaknya berkahwin.

Kehidupan sosial Madi yang agak bebas menyebabkan hasrat Ieka tidak ditunaikan, sebaliknya dia menyimpan wang untuk membeli motosikal baru. Kawan baik Madi, Macha menjadi orang tengah dalam sesuatu perlumbaan haram disertai Madi.

Suatu hari, Madi dicabar Spark dan mereka beradu kecekapan. Malangnya, Madi kalah. Lebih mengharukan, Madi dipukul dan motosikal kesayangannya dibakar...

Sinopsis : PE3


Sinopsis :
PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.

Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka.

Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat.

Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya.

Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang.

Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?

Sinopsis : Ngorat


Sinopsis :
Ijam merupakan seorang jejaka solo yang kurang bernasib baik dalam mencari pasangan sehinggalah dia bertemu dengan seorang guru cinta yang menjanjikannya boleh bertemu jodoh dalam 30 hari sekiranya Ijam menurut petua-petua yang diberikannya.

Tapi apabila petua-petua yang diberi tidak menunjukkan hasil, malah membahayakan persahabatan Ijoe dengan teman baiknya, Kira, Ijam harus mencari kekuatan untuk memilih samada untuk terus mendengar petua si guru cinta atau persahabatannya dengan Kira akan putus buat selamanya.

Sinopsis : Aku Terima Nikahnya


Sinopsis :
Aku Terima Nikahnya merupakan kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang berhadapan dengan dugaan terbesar dalam hidup mereka. Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup mereka.

Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan. Johan yang kemalangan disahkan mengalami Selective Amnesia yang mana dia ingat semua perkara hanya sehingga Johan berusia 31 tahun yang mana dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa.

Johan yang langsung tidak mengingati Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri. Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha supaya Johan mengingati dirinya semula. Pertemuan Johan dengan Suriya (Mon Ryanti), kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu.

Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya, isteri kepada Johan. Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan Suriya dan Johan dalam keadaan yang mencurigakan.

Arlisa mula berasa penat untuk mengejar Johan yang tidak pernah menghargai dirinya. Adakah Arlisa akan mengalah dan melangkah pergi? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali?

Sinopsis : Taikun


Sinopsis :
Filem Taikun mengisahkan dua sahabat baik dikenali sebagai Tai (Angah) dan Kun (Along) yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka suka bergaduh dan mencuri menyebabkan mereka bertembung dengan ahli-ahli Geng Ros Hitam dan Tedung.

Disebabkan Tai dan Kun membelasah kedua-dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Pink, Manan dan ketua Geng Purple, Sarip merasa tertarik dengan kehebatan mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka.

Sikap Tai dan Kun yang tamak menyebabkan mereka menerima pelawaan dua-dua geng tanpa pengetahuan ketua geng masing-masing.

Geng Pink dan Geng Purple pula adalah dua musuh ketat dan sering bergaduh. Mereka juga bersaing dalam perniagaan DVD cetak rompak. Kehadiran Tai dan Kun yang kelihatan hebat menyebabkan mereka mendedahkan segala kegiatan mereka dan mengharapkan pada Tai dan Kun untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kaya.

Sejak itu, kehidupan Tai dan Kun dilimpahi kemewahan. Kesetiaan Tai dan Kun hanya terletak pada ganjaran wang sebagai habuan.

Namun, Geng Pink dan Geng Purple mula ditimpa masalah yang mana semua kegiatan mereka sering dihidu polis. Masing-masing mula menunding jari menuduh geng lain.

Tapi dalam diam, ada dalang yang membocorkan semuanya dan Tai dan Kun dituduh sebagai dalangnya namun Sarip dan Manan tidak percaya. Siapakah dalang sebenarnya? Apakah yang akan terjadi pada Tai dan Kun?

Isnin, 21 Januari 2013

Sinopsis : Hantu Kapcai


Sinopsis :
Hantu Kapcai mengisahkan Ajib, mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy).

Demi memenangi wang pertaruhan, Tiger mensabotaj perlumbaan itu hingga berlaku kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

Roh Ajib yang terperangkap di antara alam nyata dan ghaib, terkejut melihat jenazahnya berada di tengah ruang tamu rumah dan dikelilingi keluarga serta jiran tetangga. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan Ibrahim, calon Imam Muda di kampungnya.

Dalam usaha membantu Ajib, Ibrahim terpaksa mencari jalan meyakinkan keluarga Ajib, malah dalam masa sama, membantu menyelesaikan perkara yang belum sempat disempurnakan mat rempit itu.

Sinopsis : Aji Noh Motor


Aji Noh Motor mengisahkan seorang abang, Aji (Alex Yanz) yang sangat prihatin dan sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya, Noh (Zalif Sidek). Sifat Aji yang suka berlumba haram sangat tidak disenangi adiknya yang taat dan patuh dalam mengerjakan tuntutan agama Islam. Noh yang dilahirkan sebagai seorang yang buta menjalani kehidupannya dengan perkara-perkara berfaedah, sedangkan abangnya sering merempit dan melepak tidak tentu hala. Namun di sebalik sifat Aji yang suka merempit, dia sangat sayangkan Noh sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi permintaan Noh tercapai walaupun dia tidak mampu untuk melakukannya.


Semuanya bermula apabila pada hari lahir Noh yang meminta permintaan yang sukar untuk ditunaikan oleh Aji. Noh berhajat untuk menunaikan ibadah haji kerana sudah bersedia untuk mengerjakan tuntutan oleh agama. Aji yang yang sememangnya tidak mampu untuk menghantar adik kesayangannya itu telah cuba mengumpul duit meskipun ada di antaranya menyalahi undang-undang dan menyimpang dengan ajaran agama Islam.

Mampukah Aji menunaikan impian Noh itu? Apakah yang mereka telah lakukan untuk mengumpul duit yang sememangnya tidak mampu untuk miliki?

Sinopsis : Untuk Tiga Hari


Filem Untuk Tiga Hari bukan mengisahkan kisah cinta biasa tetapi ia memaparkan kisah yang sedikit pelik. Untuk Tiga Hari mengisahkan dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin dengan pilihan orang tua dan memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.

Dalam tempoh tiga hari itu juga, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan meneruskan perhubungan bukan sesuatu yang buruk dan mungkin adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka. Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan?

Sinopsis : Sofazr The Movie : Jiwa Kacau


Filem ini memaparkan kisah komedi yang berlaku di sebuah pusat pemulihan mental. Mengikut pengarah filem ini, mesej yang hendak disampaikan kepada penonton ialah sebagai masyarakat kita hendaklah bersikap tidak memandang rendah terhadap orang yang kurang upaya, dan berilah layanan yang sama terhadap mereka. Sebagai masyarakat kita hendaklah berhati-hati sekiranya ingin membeli ubat yang dijual di pasaran, kerana khuatir akan risiko yang dihadapi.

Terdapat banyak unsur humor dan lawak jenaka yang memberi mesej tersirat kepada penonton, dan juga dihiasi lagu-lagu dari band sofazr yang menghiasi latar filem ini.

Sofazr The Movie Jiwa Kacau mengisahkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Sofazr, mereka terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehingga pada suatu hari mereka mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack (Zul2by2) bahawa mereka kepenatan dan zack telah membeli ubat trtadisional dari Pak Mastur (Hamdan Senario) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka.

Tetapi malangnya setelah mereka meminum ubat tersebut mereka telah pun hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan mengakibatkan mereka di hantar ke Pusat Pemulihan yang diberi nama “Pusat pemulihan jiwa kacau” di sinilah mereka berjumpa dengan Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Senario), Remy (Tauke jambu), Bob (Jepp Sepahtu), Ar Badul (Dr Bada), Pak Abu (Hamid Gurkha) Attendan Kulai (Mamat Sepah), Attendan Ilya (Ilya Senario), Wak Herman (Herman Tino) dan ramai lagi.

Bermacam-macam peristiwa dan kekecohan yang berlaku sepanjang mereka di pusat pemulihan jiwa kacau ini, Zack dan Wangi (Leez Af) berusaha untuk mencari ubat bagi mengembalikan ingatan mereka adakah mereka semua berjaya dipulihkan?

Sinopsis : Halim Munan


Sinopsis :
Halimmunan mengisahkan remaja lelaki, Halim bin Munan. Dia sering di ejek dan dibuli rakan-rakannya iaitu Ajak, Pawi dan Kimi kerana sikap Halim yang agak lurus dan namanya yang dianggap pelik.

Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya sebagai 'halimunan' dan dia suka berangan sehingga dewasa. Namun, pada suatu hari Halim difitnah orang kampung kerana mengintai Suriyati yang juga anak gadis Arsyad. Bagaimanapun, Munah tidak mempercayai tuduhan itu. Sebagai ibu, Munah yakin dengan Halim.

Untuk membersihkan namanya, Halim bertemu seorang bomoh iaitu Wak Mali. Ucapan salam diucapkan dan selepas Wak Mali menjawab salam tu, Wak Mali kebingungan kerana tidak nampak sesiapa memberi salam padanya.

Halim menjadi 'halimunan' selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum sempat halim datang menyerahkan separuh kain sebagai syarat 'dapat ilmu', dia sudah pun bertukar menjadi halimunan.

Bagaimanapun, halim sebenarnya dah tersalah ambil kain kafan menyebabkan dia sentiasa halimunan. Pada masa sama, penduduk kampung mencarinya kerana halim dituduh menyamar menjadi pocong dan mengacau penduduk kampung.

Apakah yang berlaku seterusnya kepada Halim. Mampukah dia membersihkan namanya dan keluarga yang sudah tercemar? Adakah Halim akan berubah sikapnya yang suka berangan itu?

Sinopsis : Hantu Air


Sinopsis :
Dia dahagakan manusia… Disebabkan kecuaian, botol yang mengurung roh jahat, telah jatuh ke dalam sebuah tasik di sebuah resort percutian. Selepas kejadian itu, resort yang diuruskan oleh MAWAR itu mula mengalami bermacam-macam kejadian yang pelik dan mengerikan. Hal ini dirumitkan lagi dengan kedatangan tetamu-tetamu resort itu yang seolah turut menyimpan rahsia mereka sendiri.

FAUZI yang baru kehilangan isteri dan anak, sampai di resort itu tanpa sebarang perancangan. Namun, selepas berkenalan dengan Mawar, timbul persahabatan di antara mereka, sehingga akhirnya, diketahui tentang masalah tekanan jiwa yang dihadapi Fauzi.

Mawar cuba membantu, dan tidak dapat tidak, timbul bibit percintaan di antara mereka. Pasangan Ramli dan Ros pula datang bersama anak-anak dengan harapan untuk bercuti. Namun, dengan gaya sombong dan berlagak, mereka dapati pakej percutian itu hanya indah khabar dari rupa sahaja.

Bagi pasangan kawan baik, Jennifer dan Alicia pula, kegemaran mereka dalam aktiviti lasak, membuatkan mereka begitu terpegun dengan keindahan flora dan fauna di sekitar kawasan itu. Pasangan Roni dan Shiela pula seolah-olah cuba menjadikan tempat terpencil itu sebagai sarang untuk memadu cinta terlarang mereka.

Walau apapun niat awal mereka, jelmaan Hantu Air di sekitar kawasan tasik itu bakal menggegarkan segala rancangan percutian mereka. Seorang demi seorang menjadi mangsa, sehingga akhirnya, mereka tiada ruang untuk mengetepikan serangan mistik itu....

Sinopsis : 29 Februari


Sinopsis :
Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan. Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.

Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung?

Sinopsis : Salam Cinta


Sinopsis :
Salam Cinta mengisahkan tentang Amirul, pelakon yang menerima tawaran memegang watak lelaki yang kuat pegangan agama. Oleh kerana dibesarkan dalam suasana moden, dia ke sebuah kampung untuk bertemu seorang imam untuk mengetahui cara hidupnya.

Ditakdirkan, Amirul berjumpa dengan Haji Rahman (Abdul Razak Ahmad), seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata.

Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan Laila (Diana Amir), anak Haji Rahman. Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia bagaikan badai ombak yang memusnahkan semuanya.

Sinopsis : S.A.M (Saya Amat Mencintaimu)


Sinopsis :
Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin). Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.

Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.

Adakah Lisa dan Sam berjaya melepaskan diri dari cengkaman Haikal yang psiko gila tu?

Sinopsis : Aku, Kau dan Dia


Aku, Kau Dan Dia mengisahkan harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya, Ilhan, dalam kemalangan jalan raya. Untuk mengubat kerinduan, Mia mencipta lagu yang ditujukan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama dua minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan itu. Pulih daripada koma, Mia cuba mendapatkan kembali ingatannya terhadap nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakah Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan?

Sinopsis : Seram Sejuk


Sinopsis :
Seram Sejuk mengisahkan seorang penyanyi rock yang ingin membuat video klipnya tetapi mempunyai budget yang ciput.

Dalam masa yang sama juga seorang editor saiful yang berusia dalam akhir 20an, yang menyimpan perasaan terhadap seorang rakan setugasnya bernama Ros. Saiful mula merasa cemburu apabila majikannya Che Wan juga turut menaruh minat terhadap gadis tersebut.

Kisah-kisah ganjil bermula apabila disatu ketika Saiful telah menjumpai sebuah kalung yang menyimpan seribu misteri. Ros telah menolak pemberian Saiful yang cuba menghadiahkan kalung tersebut kepada beliau. Bermula dari peristiwa tersebut menyebabkan Ros mula dirasuk oleh kuasa dari kalung tersebut dan pekerja-pekerja dipejabat tersebut mula diganggu oleh kuasa jahat yang terdapat pada kalung tersebut.

Che Wan dan Saiful mula dilagakan menyebabkann mereka berdua merasa saling tak puas hati. Kejadian-kejadian misteri yang berlaku telah menyebabkan Saiful dan Che Wan mula tuduh-menuduh antara satu sama lain dengan mengatakan masing-masing memakai ilmu hitam untuk mendapatkan Ros. Dari situlah wujudnya dukun palsu yang cuba mengambil kesempatan atas situasi tersebut. Akhirnya misteri kalung tersebut telah terungkai.

Kalung tersebut merupakan kalung pusaka peninggalan pasangan kekasih yang telah dibunuh oleh perompak dan merupakan lambang cinta mereka. Kuasa yang terdapat pada kalung tersebut menggangu mereka. Kuasa kalung lagi merasa marah apabila setelah diambil tetapi tidak dhargai. Akhirnya kalung tersebut dapat dipulangkan ketempat asalnya kembali.

Sinopsis : Hooperz


Sinopsis :
Hooperz adalah sebuah filem drama ringan dengan babak-babak komedi yang mengisarkan kehidupan 7 orang pemain bola jaring untuk pasukan kolej mereka yang dikenali sebagai ’Hooperz’.

Pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi yang dialami mereka sendiri, hinggakan mereka sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. ‘Hooperz’ dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi merupakan penjaring utama dalam pasukannya. Atylia tinggal bersama ayahnya Profesor Iqbal, seorang angkasawan yang kecewa dan kini menjadi pensyarah fizik di sebuah kolej.

Ketua pasukan ‘Hooperz’, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Arzwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya. Ahli pasukan yang lain seperti Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri.

Filem ini membawa anda menyelami kesungguhan setiap ahli pasukan ‘Hooperz’ dalam menghadapi dugaan, kadangkala lucu, untuk mengubah nasib pasukan mereka dan juga masa depan mereka sendiri.

Sinopsis : Mantera


Filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’ kepada pemakainya.

Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Sinopsis : Momok Jangan Cari Pasal


Sinopsis :
Filem Momok Jangan Cari Pasal menyingkap tentang perjalanan filem terbaru arahan M.Jamil. Sepanjang penggambaran filem ini, banyak kejadian-kejadian seram yang benar-benar berlaku. Semenjak hari pertama penggambaran, krew dan tenaga kerja, termasuk pelakon semuanya diganggu oleh "Momok" dan kejadian-kejadian yang aneh dan misteri.

Bermula dengan babak Rasuk di mana pelakon Sheril Aida dan Wan Raja telah benar-benar dirasuk. Penggambaran tergendala. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya yang melibatkan babak Pontianak dan Pocong di mana gangguan di babak Pontianak dan Pocong mengakibat beberapa pelakon dan krew produksi jatuh sakit. Pelbagai kejadian seram dan lucu yang telah berlaku yang turut membuat penggambaran tergendala.

Ajaq dan Kamarul, dua orang pelakon mula menimbulkan kerenah mengganggu pengarah dan krew kerana terpaksa menunggu lama di lokasi. Maka terjadilah pula cinta lokasi di antara Ajaq dan Liza, si mekap artis. Kehampaan dan gangguan di lokasi juga telah menyebabkan beberapa pelakon dan krew produksi turut diserang histeria.

Akhirnya sebagai pengarah, M.Jamil mengambil keputusan untuk ‘berhenti seketika’ dari membuat penggambaran bagi membolehkan beliau membuat majlis doa selamat dan tolak bala. Tok Wan yang dipanggil untuk melancarkan penggambaran filem ini tanpa gangguan juga tidak dapat membantu sepenuhnya.

Ke mana hilangnya Ajaq, pelakon baru yang terlalu minat untuk berlakon namun akhirnya lari ketika di set penggambaran? Adakah Sheril Aida terlalu mendalami wataknya sehingga dirasuk? Apakah kemunculan kucing hitam di lokasi penggambaran sebagai jelmaan ‘MOMOK’ untuk memberitahu sesuatu? Dapatkah filem ini disiapkan dan adakah M.Jamil akan meneruskan penggambaran filemnya ini walaupun semua krewnya diganggu?

Sinopsis : Man Sewel Datang KL


Sinopsis :
Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.

Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.

Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.

Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah.

Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.

Jumaat, 18 Januari 2013

Sinopsis : Baik Giler


Baik Giler mengisahkan Afik lakonan Zizan yang mengalami tekanan perasaan selepas adik angkatnya, Amy (Farhanna Qismina) meninggal dunia dalam kemalangan.

Afik yang masih trauma dimasukkan ke hospital selepas dikatakan cuba mencederakan rakan sepejabatnya, Kimi (Awie), namun dibenarkan pulang selepas disahkan dirinya sekadar mengalami tekanan.

Dia cuba melupakan segala kejadian, selain menjalin hubungan dengan gadis bernama Suraya (Farawahida). Hakikatnya dia masih dibelenggu tekanan apabila sering tersalah sangka apabila menganggap orang lain menuduhnya gila, hanya kerana mengatakan dirinya `Baik Giler'.

Pada anggapan Afik istilah `baik giler' bermakna seseorang yang baru baik daripada gila dan apabila istilah tersebut diucapkan padanya ia merupakan suatu penghinaan buat dirinya. Pada hal istilah `baik giler' merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud suatu pujian kepada seseorang yang terlalu baik sikapnya.