Halaman


Get More Video Here!

Isnin, 21 Januari 2013

Sinopsis : Momok Jangan Cari Pasal


Sinopsis :
Filem Momok Jangan Cari Pasal menyingkap tentang perjalanan filem terbaru arahan M.Jamil. Sepanjang penggambaran filem ini, banyak kejadian-kejadian seram yang benar-benar berlaku. Semenjak hari pertama penggambaran, krew dan tenaga kerja, termasuk pelakon semuanya diganggu oleh "Momok" dan kejadian-kejadian yang aneh dan misteri.

Bermula dengan babak Rasuk di mana pelakon Sheril Aida dan Wan Raja telah benar-benar dirasuk. Penggambaran tergendala. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya yang melibatkan babak Pontianak dan Pocong di mana gangguan di babak Pontianak dan Pocong mengakibat beberapa pelakon dan krew produksi jatuh sakit. Pelbagai kejadian seram dan lucu yang telah berlaku yang turut membuat penggambaran tergendala.

Ajaq dan Kamarul, dua orang pelakon mula menimbulkan kerenah mengganggu pengarah dan krew kerana terpaksa menunggu lama di lokasi. Maka terjadilah pula cinta lokasi di antara Ajaq dan Liza, si mekap artis. Kehampaan dan gangguan di lokasi juga telah menyebabkan beberapa pelakon dan krew produksi turut diserang histeria.

Akhirnya sebagai pengarah, M.Jamil mengambil keputusan untuk ‘berhenti seketika’ dari membuat penggambaran bagi membolehkan beliau membuat majlis doa selamat dan tolak bala. Tok Wan yang dipanggil untuk melancarkan penggambaran filem ini tanpa gangguan juga tidak dapat membantu sepenuhnya.

Ke mana hilangnya Ajaq, pelakon baru yang terlalu minat untuk berlakon namun akhirnya lari ketika di set penggambaran? Adakah Sheril Aida terlalu mendalami wataknya sehingga dirasuk? Apakah kemunculan kucing hitam di lokasi penggambaran sebagai jelmaan ‘MOMOK’ untuk memberitahu sesuatu? Dapatkah filem ini disiapkan dan adakah M.Jamil akan meneruskan penggambaran filemnya ini walaupun semua krewnya diganggu?