Halaman


Get More Video Here!

Isnin, 21 Januari 2013

Sinopsis : Hooperz


Sinopsis :
Hooperz adalah sebuah filem drama ringan dengan babak-babak komedi yang mengisarkan kehidupan 7 orang pemain bola jaring untuk pasukan kolej mereka yang dikenali sebagai ’Hooperz’.

Pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi yang dialami mereka sendiri, hinggakan mereka sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. ‘Hooperz’ dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi merupakan penjaring utama dalam pasukannya. Atylia tinggal bersama ayahnya Profesor Iqbal, seorang angkasawan yang kecewa dan kini menjadi pensyarah fizik di sebuah kolej.

Ketua pasukan ‘Hooperz’, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Arzwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya. Ahli pasukan yang lain seperti Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri.

Filem ini membawa anda menyelami kesungguhan setiap ahli pasukan ‘Hooperz’ dalam menghadapi dugaan, kadangkala lucu, untuk mengubah nasib pasukan mereka dan juga masa depan mereka sendiri.