Halaman


Get More Video Here!

Khamis, 17 Januari 2013

Sinopsis : Gerimis Mengundang


Sinopsis:
Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini.

Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah.

Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati.

Apa yang terjadi kepada perhubungan Zamani dan Mikha? Bagaimana pula Doni yang telah menjadi tunangan sejak mereka kecil. Dan mampukah Mikha mendapatkan cintanya semula dari Zamani.